Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) telah memperkenalkan Proton Saga 2022, versi yang ditambah baik terbaharu bagi model klasik jenama itu hari ini.<br /><br />Dikuasakan oleh enjin 1.3 liter empat silinder 16 injap DOHC VVT, Proton Saga 2022 tersedia dalam empat varian, iaitu Standard MT, Standard AT, Premium AT dan Premium S AT.